Harga bahan api bagi Julai – RON97 naik 20sen seliter, RON95 naik 10sen seliter & diesel tiada perubahan
By 0 Comments
|
Walau pun bumi menerima ekstra satu saat tengah malam ini, perkhabaran mengenai harga baharu bahan api bagi Julai adalah suatu isu yang membuatkan cuaca ‘lebih-panas-dari-biasa’.
Mulai detik 12:01 tengah malam 1 Julai 2015, harga baharu bagi RON 97 diumumkan meningkat 20 sen menjadi RM2.55 seliter (termasuk GST). Begitu juga dengan RON95 yang mengalami peningkatan sebanyak 10 sen iaitu RM2.15 seliter. Manakala harga bagi bahan api diesel dan diesel Euro5 kekal iaitu masing-masing RM2.15 seliter.
Sepanjang bulan Jun, KPDNKK telah mengumumkan harga bagi bahan api menerusi laman web rasmi mereka iaitu RM2.05 seliter bagi RON95, RM2.35 seliter untuk RON97, dan diesel pula RM2.05 seliter.