Karnival Jualan Proton ke Pantai Timur pula
Selepas berkunjung ke Melaka dan Pulau Pinang, kini tibalah pula giliran Pantai Timur. Memilih Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Karnival Jualan Proton akan dianjurkan bermula pada 6 hingga 8 Februari ini.
Inilah peluang bagi penduduk di sekitar Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk memandu uji kenderaan Proton termasuklah model terbaharu seperti Suprima S, Preve dan Satria Neo R3. Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai tawaran promosi termasuklah tempahan untuk model Proton edisi terhad 2013 dengan potongan harga menarik.
Banyak aktiviti menarik yang akan dianjurkan, antaranya jualan alat ganti bagi model Proton terpilih seperti Waja, Savvy, Persona, Wira, Inspira dan Saga dengan potongan harga sehingga 60%, penampilan istimewa pasukan bola sepak T-Team, persembahan artis tempatan, pemeriksaan kenderaan Proton secara percuma, pertunjukan pemanduan lasak Proton R3 dan Lotus, serta banyak lagi.
Selepas Pantai Timur, Karnival Jualan Proton akan berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah pula iaitu pada 21 hingga 23 Februari ini. Jadi, Sabah-an… nantikan giliran anda ya!
1 Comment