Honda Accord & CR-V akan datang bakal lebih menarik
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda, Takahiro Hachigo, telah mendedahkan beberapa perkembangan mengenai model baharu yang bakal diperkenalkan.
Katanya, Hachigo mendedahkan model generasi akan datang bagi Accord dan CR-V akan menjadi “kenderaan yang lebih menarik dengan menampilkan elemen terkini termasuk pelbagai teknologi baharu, rekaan yang penuh inovatif dan daya saing yang lebih tinggi.”
Hachigo turut mengesahkan syarikatnya akan menggunakan kapasiti pengeluaran serantau untuk menyelaraskan permintaan pengeluaran global mereka. Sebagai sebahagian daripada itu, CR-V generasi akan datang bakal dibina di Kanada dan dieksport ke Eropah. Manakala model generasi akan datang Civic hatchback lima-pintu pula akan dibina di Eropah dan diedarkan di beberapa buah negara serantaunya.
Akhir sekali, Hachigo turut mendedahkan, Honda akan cuba untuk melancarkan model kenderaan sel-bahan api baharu di Jepun pada 31 Mac 2016.