Video : Tun M harap sokongan terhadap Proton berterusan
Ucapan terima kasih buat pemilik Proton khas dari Pengerusi PROTON, YAB Tun Dr Mahathir Mohamed.
Posted by Proton Holdings Berhad on Friday, July 10, 2015
Sempena dengan ulang tahun ke-30 syarikat pengeluar kereta buatan nasional, Pengerusi Proton Holding Berhad, Tun Mahathir Mohamad, menerusi rakaman khas ini menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat rakyat Malaysia yang masih utuh memberikan sokongan terhadap Proton.
Dalam usia yang sudah mencapai 30 tahun ini, sehingga kini Proton telah pun mengeluarkan hampir empat juta unit kenderaan. Malah, Tun Mahathir turut menzahirkan harapan agar Proton berterusan mampu menghasilkan model-model kenderaan yang lebih canggih dan setaraf dengan kenderaan asing (buatan negara luar).
Dalam masa yang sama, Tun Mahathir turut mengharapkan agar rakyat Malaysia khususnya pemilik kenderaan Proton terus memberikan sokongan padu buat Proton dan tetap memilih jenama ini sebagai kenderaan utama mereka sepanjang masa.