Hyundai bakal taja pelanggan bertuah ke Sepanyol sempena WRC Okt ini
Hyundai Malaysia telah mengumumkan bakal membawa pelangggannya yang bertuah ke Tarragona, Sepanyol bagi menyaksikan persembahan Hyundai i20 di Kejohanan Dunia Rali (WRC) yang bakal berlangsung pada 22 hingga 25 Oktober ini.
Bagi yang ingin menjadi antara yang bertuah itu, caranya mudah sahaja.
Pertama, anda haruslah pemiliki mana-mana model Hyundai. Kedua, hantar kenderaan anda ke mana-mana pusat servis Hyundai bertauliah untuk penyelenggaraan berjadual dari 1 Julai hingga 15 Ogos ini dan berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam satu resit untuk membolehkan anda menyertai sesi cabutan bertuah yang mungkin bakal membawa anda ke Sepanyol.
Kempen servis yang bertemakan ‘Servis Cara Anda Ke Sepanyol’ ini menawarkan percutian percuma ke Sepanyol. Setiap pelanggan yang menghantar kenderaan masing-masing pada tarikh tersebut akan diberikan diskaun sebanyak 20% untuk alat ganti tulen Hyundai terpilih, diskaun 10% bagi kos buruh, 20 mata pemeriksaan percuma dan payung Hyundai edisi terhad jika anda berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dalam satu resit (sementara stok masih ada).