Toyota 86 Yellow Limited diperkenalkan di Jepun
Suatu lagi penghormatan buat negara kelahirannya sendiri, Jepun, Toyota telah memperkenalkan Hachiroku 86 yang lebih garang dengan warna eksklusif di pasaran sana.
Jentera 86 Yellow Limited dengan diperagakan warna Sunrise Yellow, turut tampil dengan perumah cermin sisi berwarna hitam dan juga rim aluminium bersaiz 17-inci dengan kekemasan hitam.
Bagi bahagian kabinnya, ia turut dipadankan dengan balutan kulit Alcantara upholstery, jahitan kontras berwarna kuning dan kekemasan dalaman dengan pilihan hitam.
Tidak cukup dengan itu, Toyota turut menampilkan pakej aero dengan menambah sedikit kekemasan pada bampar hadapan, skirt sisi yang telah diberi penambah baikan, bahagian bawah kerangka yang lebih aerodinamik dan juga wing belakang yang lebih menonjol.
Bukan itu sahaja, bagi pakej aero FT 86 Yellow Limited ini pula dilengkapi dengan pad brek berprestasi tinggi, penyerap hentak Sachs dan rim aluminium BBS bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar Bridgestone POTENZA S001.