UMW Toyota lanjutkan lapan tahun waranti bateri hibrid bagi semua model hibrid Toyota & Lexus
UMW Toyota telah melanjutkan waranti bateri hibrid lapan tahun dan perbatuan tanpa had untuk semua model hibrid Toyota dan Lexus yang dibeli sebelum tahun ini. Sebelum ini, waranti tersebut hanya ditawarkan untuk pembelian model hibrid Toyota dan Lexus mulai tahun ini hingga seterusnya.
Walau bagaimana pun terdapat terma dan syarat yang ditetap untuk waranti ini iaitu kenderaan hibrid tersebut haruslah diselenggarakan mengikut jadual yang ditetapkan untuk membolehkan pemiliknya menerima waranti lanjutan. Dan penyelenggaraan tersebut mestilah dilakukan di pusat servis Toyota yang bertauliah dan diiktiraf.
Waranti ini hanya meliputi bateri sahaja dan yuran pengurusan yang dikenakan pula adalah sebanyak RM100. Manakala lain-lain kos yang berkaitan bagi menggantikan bateri ini perlu ditanggung oleh pemilik kenderaan terbabit.
Sebelum ini, UMW Toyota hanya menawarkan waranti selama tiga tahun atau 100,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu) yang telah bagi semua jenis kenderaan termasuk model hibrid.