Ferrari panggil semula 2,600 unit kenderaannya angkara isu beg udara Takata
Ferrari telah mengumumkan kempen panggil semula yang melibatkan 2,600 unit kenderaannya di seluruh global, berhubung dengan kemungkinan terdapatnya ‘salah pemasangan beg udara’ pada tempat duduk pemandu. Semua model yang terbabit adalah model buatan tahun 2015 yang diproduksi antara 19 Disember 2014 hingga 29 April 2015.
Ini termasuklah model 458 Italia, 458 Spider, 458 Speciale/Speciale A, California T, the FF, F12 Berlinetta dan hypercar LaFerrari. Difahamkan, beg udara ini adalah buatan Takata Corp yang sedang ‘hangat’ diperkatakan di seluruh dunia. Lebih memeranjatkan lagi apabila Takata sendiri yang memaklumkan kepada Ferrari berhubung masalah ini.
Panggilan semula ini bagi menukar beg udara yang terbabit yang mungkin boleh meletup (jika tidak ditukar) dalam orientasi yang salah.