Kereta sport Thai bakal ditayangkan di Bangkok tahun hadapan
By 0 Comments
|
Setelah berdekad lamanya, industri automotif Thai berkembang pesat dan menjadi pengeluar terbesar di rantau Asia dan yang ke-10 di dunia, kini mungkin menjadi masa yang sesuai untuk negara tersebut menghasilkan ‘sesuatu’ produk yang lebih menguja.
Menerusi VanaticalDesign, seorang pereka automotif bernama Jennarong Muengtaweepongsa, telah menyebarkan satu imej teaser yang menggambarkan kereta sport.
Ia dikatakan bakal melakukan penampilan perdana peringkat dunia pada tahun hadapan di Bangkok. Buat setakat ini, informasinya tidak dinyatakan. Kena tunggu jika ada sebarang perkembangan, nanti Infokereta.com akan war-warkan.