Lexus CT 200h 2016 terima suntikan minimal
By 0 Comments
|
Lexus telah memperkenalkan model facelift bagi model Lexus CT 200h yang hanya menerima suntikan minimal.
Ia ditampilkan dengan gril yang telah diperkemaskinikan dengan lingkaran krom baharu disekelilingnya. Hatchback ini juga dilengkapi dengan bumbung panoramik sebagai pilihan.
Lexus CT 200h 2016 ini juga dilengkapi dengan Lexus Enform Remote dan sistem Lexus Enform Service Connect yang boleh menghantar informasi kenderaan kepada pemiliknya menerusi telefon pintar.
Dijanakan oleh enjin 1.8 liter empat-silinder, penjana kuasa ini juga digabungkan dengan motor berkuasa 650 volt. Ia mampu menghasilkan kombinasi kuasa sehingga 134 hp.