Chevrolet Cruze berwajah baharu buat penampilan perdana peringkat ASEAN di Bangkok
Model facelift bagi Chevrolet Cruze dikhabarkan bakal tiba di negara ASEAN tidak lama lagi. Ia akan melakukan penampilan perdana di 2015 Bangkok International Grand (BIG) Motor Sales mulai 1 hingga 9 Ogos ini.
Sebelum ini, Chevrolet pernah mendedahkan model Cruze bagi pasaran Amerika Utara dan China.
Bagi pasaran ASEAN, Cruze ini turut menerima penambah baikan yang lebih segar termasuk penampilan lampu belakang belakang dengan grafik dalaman ala-Camaro, rekaan bootlid yang lebih kemas dan juga bampar belakang dengan profil yang diperbaharui.
Difahamkan bagi pasaran Korea Selatan, akan ditampilkan dengan konsol tengah yang diperbaharui dan juga sistem infotainmen MyLink yang dipertingkatkan. Sementara bagi pasaran Afrika Selatan pula, ia mengekalkan rekaan dalaman seperti mana model Cruze sedia ada.
Chevrolet Sales Thailand pula telah mengeluarkan kenyataan, Cruze baharu ini akan didatangkan dengan rekaan kabin yang baharu dan juga teknologi infotaimen di dalam kereta yang telah diperbaharui. Malah bagi rantau ASEAN, perubahan yang dilakukan sama seperti pasaran Korea Selatan.
Cruze ini dijangka dipadankan dengan enjin 1.8 liter ECOTEC dengan kuasa 140hp dan tork 176 Nm bersama transmisi automatik enam-kelajuan.