Kenderaan Singapura yang memasuki Johor bakal dikenakan bayaran VEP RM20 mulai 1 Oct
Kenderaan nombor pendaftaran Singapura yang memasuki Malaysia melalui Johor akan dikenakan bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 mulai 1 Oktober ini. VEP ini dikenakan pada kenderaan penumpang persendirian dan bayaran hanya boleh dilakukan menerusi kad Touch ‘n Go.
Kesemua kenderaan tersebut juga perlu mendaftar di bawah Caj Jalan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum 1 September, sekiranya gagal, mereka tidak akan dibenarkan masuk ke negara ini. Pemilik kenderaan terbabit hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk Caj Jalan ini, yang sah sehingga tempoh lima tahun.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, pendaftaran ini adalah mandatori, yang telah bermula di dalam talian mulai 15 Ogos ini, diaplikasikan untuk semua kenderaan persendirian, bas awam, teksi, kenderaan barangan termasuk kereta para diplomat.
Beliau turut menambah, walau bagaimana pun, kenderaan milik kerajaan, motosikal, bas awam dan teksi akan dikecualikan daripada bayaran VEVm tetapi masih perlu didaftar di bawah JPJ.
Sumber foto : http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Linkedua-Expressway.JPG