Lotus Elise GREAT Britain edisi terhad memasuki pasaran Malaysia
Untung juga bagi pasaran Malaysia kerana menjadi antara negara kepercayaan jenama Lotus untuk mengembangkan produknya di sini. Terbaru, Lotus telah pun membawa masuk model edisi terhad Elise GREAT Britain yang ditawarkan dengan harga yang kompetetif iaitu RM254,888. Ia juga adalah bersempena dengan kempen pemasaran GREAT Britain oleh Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia.
Binaannya adalah dari model Elise 20th Anniversary dan ia dilengkapi dengan elemen standard dan pilihan eksklusif untuk pasaran Malaysia.
Elise GREAT Britain adalah kereta sport untuk para pencinta jenama Lotus dan peminat baharu yang ingin memiliki jentera seumpamanya. Memiliki kerangka yang boleh dikatakan ringan iaitu hanya 924 kg, ia juga dikatakan memiliki daya efisien yang tersendiri dan tampil dengan pemanduan yang dinamik.
Pakej GREAT Britain adalah termasuk “Pek Sport” iaitu roda dan konsol tengah yang ringan serta kekemasan berwarna hitam bagi kerusi Sport dan Peredam Sport Bilstein. Mod sport juga ditampilkan bagi menambah responsif pendikit dan mengubah kuasa cengkaman di samping memberikan kuasa pemanduan yang lebih jitu.
Ia ditawarkan dengan pilihan warna Perak Metalik, Putih Metalik dan Kuning Metalik.
Bagi yang berminat untuk meninjau atau terus membeli model ini, kunjungi pusat membeli-belah The Garden pada 5 hingga 9 Ogos ini. Selain model ini, Lotus Malaysia turut mempamerkan Lotus Exige S Automatic Roadster, Evora S Sport Racer dan Elise 220 Cup.
Bagi tempahan sepanjang promosi tersebut, ia juga didatangkan dengan waranti selama tiga tahun, servis percuma untuk dua tahun, penyertaan ke Akademi Pemanduan Lotus, cukai jalan dan insurans percuma serta keahlian untuk Kelab Pemilik Lotus (LOCM).
Lotus Exige GREAT Britain
Lotus Elise 220 Cup