Toyota buka bilik pameran di Mitsui Outlet Park
Toyota telah pun membuka bilik pameran di Mitsui Outlet Park, Sepang, yang merupakan pusat membeli-belah terbesar di Asia Tenggara, yang baru sahaja dilancarkan.
Dengan berkonsepkan ‘gedung di dalam pusat membeli-belah’, ia merupakan inisiatif terbaharu dari Toyota untuk mendekati para pelanggan. Sekali gus dapat mempromosikan lagi jenama ini secara lebih interaktif.
Mengetengahkan tema ‘Garaj dan Permotoran’, ruang pameran ini turut menawarkan cenderahati TRD khas untuk para penggemarnya. Selain itu, ia turut mempamerkan model terbaharu Vios dan Hilux, malah dalam tempoh masa yang terhad, model Toyota 86 versi racing turut diperagakan.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki, berkata, “Kehadiran kami di salah sebuah pusat membeli-belah terbesar di Asia Tenggara ini merupakan satu pendekatan baru untuk mendekati para pelanggan kerana kami berusaha untuk mengekalkan kedudukan kami yang menduduki tempat pertama dalam Indeks Kepuasan Jualan oleh J.D Power.”