GALERI : Proton Iriz & Suprima S versi SD Aerodinamik
Bagi yang memiliki Proton Iriz mahu pun Suprima S (atau yang berimpian mahu memiliki antara model berkenaan) dan ingin membuatkan jentera nampak lebih sporty, macho dan agresif, kini ada pilihan penambah gaya daripada SD Aerodynamics Automobile Design.
Ia memberikan pilihan kepada para pemilik Iriz dan Suprima S untuk menambahkan lagi imej yang menarik buat jentera masing-masing.
Bagi Iriz, ia terdiri daripada kit badan, spring yang lebih rendah, lampu LED tambahan dengan perumah utama, rim bersaiz 17-inci yang dibaluti tayar Falken 205/40, jaluran merah, peresap belakang dengan perumah ekzos berkembar serta spoiler.
Kos keseluruhan bagi pakej ini ialah RM7,000. Namun para pelanggan boleh mendapatkan setiap satu unit tambahan tersebut secara berasingan, mengikut bajet masing-masing.
Untuk Suprima S pula, ia hadir dengan kit badan yang lebih agresif bersama gril hadapan yang diubahsuai, bampar lebih lebar. Jaluran merah pula menampakkan ciri yang lebih sarat manakala rim aloi bersaiz 18-inci dengan tayar Continental 225/40 menyerlahkan lagi gayanya. Bahagian belakangnya juga dihiasi dengan spoiler serta ekzos berganda.
Proton Iriz SD Aerodinamik
Proton Suprima SD Aerodinamik