Mazda5 bakal mengucapkan sayonara
Mazda telah mengesahkan model MPVnya iaitu Mazda5 tidak akan berada dalam senarai barisan kenderaan yang akan dikeluarkan pada tahun 2016, malah memberikan bayangan ia tidak akan diteruskan pengeluarannya selepas 2015.
Walau bagaimana pun, syarikat ini tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk menggantikan Mazda5 dengan model yang lain. Perkhabaran ini bukanlah suatu yang mengejutkan memandangkan Mazda lebih popular dengan segmen crossover.
Mengikut rekod, tahun 2008, Mazda mencatatkan jualan yang memberangsangkan bagi model ini dengan hampir 22,000 unit terjual, namun ia makin merosot selepas tahun tersebut.
Ia mungkin berikutan lebih banyak persaingan terhadap model MPV dari jenama lain dan Mazda sendiri yang lebih mengutamakan pengeluaran model crossover, sedan dan hatchback.