Mitsubishi Red Peak Adventure 2015 kembali menggegar!
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bakal memulakan kembali Mitsubishi Red Peak Adventure 2015 dengan mempersembahkan kenderaan 4×4 Mitsubishi dengan aksi lasak yang luas biasa.
Mitsubishi Red Peak Adventure 2015 kali ini akan menyaksikan aksi daripada Triton serba baharu, Pajero Sport SUV dan ASX dengan merentasi pelbagai halangan dan cabaran. Antaranya merentasi laluan 45 darjah, “sky” ramp setinggi 25 kaki dan pelbagai lagi cabaran yang bakal ditempuhi oleh jentera Mitsubishi berkenaan.
Bakal beraksi di perkarangan tempat letak kereta Mydin MITC, Melaka pada 15 dan 16 Ogos ini serta hujung minggu berikutnya (22-23 Ogos) di Plaza Angsana, JB, acara ini akan berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 8 malam.
Selain menonton aksi lasak ini, para pengunjung juga berpeluang menaiki kenderaan berkenaan dan merentasi beberapa laluan berintangan. Kemasukan bagi pengunjung adalah percuma. Malah bagi mana-mana pengunjung yang menempah model baharu Mitsubihsi bakal menerima hadiah berupa payung edisi khas Triton. Manakala 100 penyertaan pertama bagi sesi pandu uji pula akan menerima baucer KFC.
Selain itu, banyak aktiviti menarik akan dianjurkan termasuklah cabutan bertuah dengan hadiah utama yang ditawarkan bernilai RM888.