McLaren Special Operations 570S Coupe muncul di Pebble Beach Concours d’Elegance
Menampilkan warna yang menawan iaitu Mauvine Blue, McLaren Special Operations 570S Coupe telah membuat penampilan perdana di Pebble Beach Concours d’Elegance.
Dengan kulit upholstery hitam karbon, kekemasan gentian karbon dan sentuhan tona Mauvine Blue pada roda stereng, papan pemuka dan tempat duduk, menjadikan bentangan imej dalam kabin jentera ini turut serba menawan.
Dalam acara yang sama, McLaren turut menayangkan unit kedua 570S dengan warna luaran Ventura Orange serta perincian gaya dari MSO Defined sebagai pilihan.
570S ini dipadankan dengan enjin 3.8 liter V8 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 570 hp dan tork setinggi 600 Nm. Malah boleh dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 3.2 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 328 km/j. Manakala penggunaan bahan api bagi kitaran kombinasi dicatatkan pada 9.2 liter/100 km.