Rolls-Royce Wraith ‘Inspired by Music’ hargai muzik Rock & Roll
Sempena menghargai kelahiran musik Rock & Roll, Rolls-Royce Motor Cars telah menyumbang suatu yang bermakna kepada mitos dan legenda muzik kontemporari tersebut. Ia dizahirkan menerusi penghasilan Wraith ‘Inspired by Music’ dengan model asalnya yang telah diperkenalkan sejak tahun 2013.
Bagi peminat Rock & Roll yang ingin mendapatkan Rolls-Royce Wraith ini, ia turut dihadirkan dengan Bespoke Audio iaitu sistem bunyi yang paling berkuasa dalam sejarah automotif. Dengan Wraith ‘Inspired by Music’, karakteristik ini diterjemahkan menerusi sistem audio tersebut dengan ‘mencipta medan muzik yang paling eksklusif’ bagi memberikan pengalaman yang lebih bermakna.
“Wraith ‘Inspired by Music’ telah memberikan keunikan yang lebih bermakna buat Roll-Royce. Ia merupakan penampilan terunggul dengan kehadiran sistem Bespoke Audio iaitu atmosfera yang bersifat kontemporari bagi sistem muzik yang menyeluruh di pasaran,” ujar CEO Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Müller Ötvös.
Selain itu, warna luaran Lyrical Copper melengkapi lagi gaya jentera ini. Malah terdapat beberapa elemen lain yang turut menggambarkan karakteristik jentera ini termasuk gril pembesar suara dengan tema cooper atau tembaga serta perkataan ‘Bespoke Audio’ yang terukir.
Malahan bahagian kabin turut dihiasi dengan kekemasan cooper termasuk kulit tenunan yang menampakkan imej lebih elegan dan classy.
Sistem Bespoke Audio ini telah direka oleh barisan jurutera yang berpengalaman di dalam bidang kejuruteraan audio automotif. Ia mengambil masa selama dua tahun untuk dibangunkan dan telah bekerjasama dengan pereka dalaman Rolls-Royce untuk menghasilkan sisitem ini supaya ia bersesuaian dengan rekaan kabin.
Malah sistem ini mempunyai sistem bunyai yang dinamik dengan kuasa 1300W, sistem 18 saluran dengan pembesar suara bass yang paling berkuasa, tujuh tweeter dan tujuh pembesar suara pertengahan. Malah mikrofon yang disertakan juga boleh mengawal ambien dan bunyi luaran serta melaraskan nada dan ketetapan suara secara automatik.