Honda CR-Z facelift bakal dipertontonkan di Tokyo Motor Show Okt ini
Baru-baru ini, media CarNewsChina telah menyebarkan beberapa foto Honda CR-V facelift menerusi Internet. Difahamkan ini adalah bagi generasi serba baharu yang bakal dipasarkan pada tahun 2017.
Tampil dengan bentuk yang tersendiri, bahagian hadapan dan belakangnya telah dimodifikasi bagi memberikan imej yang lebih segar, termasuklah padanan lampu kabus yang lebih besar. Malah lampu utamanya juga telah direka semula dan nampak lebih bergaya.
Pada bahagian belakang pula, bamparnya juga telah dibentuk semula dengan kehadiran peresap baharu yang diletak pada posisi yang sedikit rendah.
Bahagian kabinnya tidak begitu jelas kelihatan, namun difahamkan ada sedikit perubahan yang bakal dilakukan termasuklah menampilkan brek parkir elektronik baharu, butang pada konsol tengah, kotak storan dan perehat tangan tengah baharu.
Difahamkan Honda bakal mempamerkan CR-Z facelift ini di Tokyo Motor Show 2015 yang bakal berlangsung penghujung Oktober ini.