Plaza tol LDP & Lebuhraya Sprint bakal implemen bayaran secara elektronik sepenuhnya mulai Mac 2016
By 0 Comments
|
Plaza tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sprint akan beroperasi secara elektronik sepenuhnya mulai Mac tahun depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak), syarikat konsesi bagi kedua-dua lebuh raya itu, Sazally Saidi, langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha Litrak untuk melancarkan perjalanan pengguna di samping mengurangkan kesesakan di plaza tol.
“Ini juga seiring dengan usaha kerajaan untuk memastikan semua plaza tol menggunakan 100 peratus sistem bayaran tol secara elektronik menjelang 2018,” katanya.
LDP mempunyai empat plaza tol iaitu Penchala, Petaling Jaya, Puchong Barat dan Puchong Selatan, manakala plaza tol Sprint terletak di Penchala, Damansara dan Kerinchi.