Kia Sportage 2016 bakal dipertontonkan pada 15 Sept ini
Kia telah menyebarkan beberapa foto model terbaharu bagi Sportage iaitu dari generasi keempat.
Dijangka bakal melakukan penampilan perdana pada 15 September ini di Frankfurt International Motor Show, Sportage 2016 ini dikatakan tampil dengan imej yang lebih mantap, rekaan yang lebih progresif dan diinspirasi dari jet pejuang moden dengan bentuk yang tajam dan menawan.
Perubahan besar yang terdapat pada model Sportage baharu ini jelas kelihatan daripada sudut hadapan. Kini lampu utamanya tidak lagi disambungkan pada gril tetapi lebih melunjur ke bahagian belakang. Malah imejnya turut didominasi oleh dua gril yang menghasilkan penampilan lebih impresif serta mempesona.
Pada bahagian belakangnya pula, lampunya disambung pada jaluran yang melintang ke bahagian belakang.
Setakat ini, Kia masih belum mendedahkan soal perinciannya. Ia hanya akan diumumkan pada hari tontonan rasminya.