Portal Perkhidmatan Pelanggan Dalam Talian Mercedes-Benz Services diperkenalkan
Berita baik untuk para pelanggan Mercedes-Benz dan Fuso kerana Portal Perkhidmatan Pelanggan Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (myMBFS) baharu sahaja diperkenalkan.
Aplikasi ini telah direka khas untuk pelanggan sedia ada bagi memudahkan mereka menyemak butiran kontrak, mencetak penyata akaun, memantau pelan pembayaran balik dan menganggarkan jumlah bayaran bagi penjelasan awal. Ia boleh dimuat turun oleh pengguna iOS dan Android.
Sejak aplikasi ini beroperasi dari September 2013, ia telah menerima secara purata 120 kunjungan sebulan. Pertanyaan yang dikemukakan oleh pelanggan akan dilayan dalam masa 24 jam.
Menurut Pengarah Urusan Mercedez-Benz Services Malaysia, Hilke Janssen, dengan adanya aplikasi ini, ia memudahkan para pelanggan untuk mendapatkan maklum balas serta merta dan kebebasan mendapatkan maklumat pada bila-bila masa. Malah ia juga membuktikan bahawa Mercedez-Benz bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.