Kia Sportage serba baharu generasi ke-empat lebih inovatif & sofistikated

By  |  0 Comments

Kia_Sportage_2016_1

Sebelum dipamerkan secara rasmi diFrankfurt International Motor Show pada 15 September ini, Kia Motors mengambil keputusan untuk memperkenalkan Kia Sportage serba baharu menerusi alam maya terlebih dahulu.

Ternyata rekaan luaran dan dalaman Kia Sportage serba baharu ini lebih serta menampilkan beberapa teknologi terkini serta berkualiti tinggi. Model generasi ke-empat ini menawarkan pakej yang lebih inovatif dan sofistikated bagi memberikan persaingan yang kompetitif dalam pasaran.

Imej baharu yang ditampilkan memberikan gambaran yang lebih intergriti dengan material yang lebih berkualiti tinggi, sekali gus menawarkan elemen praktikaliti yang lebih bagus serta menambahkan keselesaan, keselamatan dan pengendalian yang terbaik.

Bukan itu sahaja, ia juga menrrima enjin baharu dan transmisi yang diberi penambah baikan bagi meningkatkan lagi keupayaan, prestasi dan pengendaliannya.

Buat pertama kali, spesifikasi ‘GT Line’ baharu turut ditawarkan bagi Sportage ini. Rekaan dan kejuruteraannya dikatakan mampu memberikan pengalaman pemanduan yang lebih tangkas serta versatiliti yang lebih optimum.

Menurut Michael Cole selaku CEO Kia Motors Europe, “Kia Sportage ini dibangunkan bagi memberikan pilihan terbaik kepada pengguna. Malah perkembangannya juga dilihat lebih pantas di dalam segmennya. Sportage baharu ini tampil dengan inovatif yang lebih terperinci, rekaan yang mengagumkan dan penggunaan material yang berkualiti tinggi.”

Rekaan Sportage baharu ini dijalankan di studio rekaan Kia yang terletak di Frankfurt dengan inputnya dibawa masuk dari Namyang, Korea dan Irvine, California.

Kia_Sportage_2016_3

Sportage dibangunkan dengan visual yang lebih harmoni dan suntikan yang lebih besar jelas kelihatan pada bahagian wajahnya. Dengan gril ‘hidung harimau’ yang sedikit rendah dan posisi lampu utama yang lebih tinggi dan melunjur ke belakang membuatkan imej Sportage ini lebih agresif.

Malah lampu nyalaan siang LED berbentuk kiub ais yang disambungkan antara kluster turut menyerlahkan lagi gayanya. Bamparnya juga telah diberi rekaan baharu.

Dengan ukuran 4,480 mm panjang, 1,635 mm tinggi dan jarak roda 2,670 mm, mendorong Sportage baharu ini kelihatan lebih aerodinamik termasuk dengan penampilan spoiler belakang yang melunjur. Malah gerbang rodanya yang besar, garisan sisi yang lebih tajam dan permukaan yang lebih menonjol menghasilkan imej yang lebih dinamik.

Pada bahagian belakangnya, Sportage baharu ini masih menampilkan kesan horizontal dengan garisan yang lebih diperkemaskini. Ia diinspirasi berdasarkan model konsep Kia Provo 2013 termasuk menampilkan lampu kombinasi yang lebih nipis yang disambungkan pada jaluran memberikan visual yang sedikit rendah.

Tambahan bagi Kia Sportage GT Line, ia turut menampikan corong ekzos berkembar dengan peresap metal bagi memberikan imej yang lebih sporty.

Ia turut diberikan pilihan sama ada mahu dipadankan dengan rim aloi bersaiz 16-, 17- atau 19-inci. Namun Kia Sportage GT Line hanya dipadankan dengan rim aloi 19-inci sebagai standard.

Kia_Sportage_2016_2

Bagi bahagian kabinnya, imej moden dengan rekaan serba baharu telah dipertaruhkan. Ia bagi memberikan perubahan yang lebih signifikan berbanding model generasi ketiga. Fokus utama pada bahagian kabin adalah bentangan papan pemuka yang tampil agak ringkas tetapi moden. Kekemasan dalamannya menggabungkan material sentuhan lembut dengan metal.

Bukan itu sahaja, gabungan material kulit dengan kekemasan jahitan turut mencetuskan ambien yang nampak agak mewah serta sofistikated pada bahagian kabin. Malah ukuran kalis bunyi juga dipertingkatkan bagi mengurangkan bunyi bising luaran menyerap ke dalam kabin.

The all new Sportage_interior _1A

Bahagian konsol tengah pula direka dengan bentangan menegak bagi memberikan imej yang lebih kemas, efektif dan kelihatan lebih ruang. Malah bahagian papan pemuka juga seakan terbahagi dua zon iaitu ‘paparan’ dan ‘kawalan’.

Bagi zon ‘paparan’ sudah tentu ia menampilkan informasi pemanduan meneruri sistem skrin paparan HMI bersaiz antara 7.0- atau 8.0-inci pada bahagian tengah papan pemuka.

Manakala bagi zon ‘kawalan’dengan konsol tengah yang boleh dilaraskan sehingga 10 darjah menghadap pemandu. Dengan skrin sesentuh yang bertindak sebagai paparan sistem navigasi dan hiburan, fungsi butang kawalan ini lebih mudah untuk dikendalikan.

Bukan itu sahaja, Kia turut menampilkan dua pilihan warna skim bagi kabin termasuklah dua tona (Kelabu terang-gelap atau hitam-canyon beige) atau satu ton (hitam). Kekemasan bagi konsol pula dengan warna hitam yang nampak classy.

Bagi spesifikasi GT Line, pilihan kabin turut ditawarkan dengan roda stereng berbentuk-D balutan kulit hitam gelap serta pedal aloi aluminium.

Sportage serba baharu ini turut menawarkan sistem navigasi audio-visual (AVN) terkini dengan skrin sesentuh pilihan sama ada 7.0- atau 8.0-inci.

Ia turut menawarkan Sistem Navigasi dengan Kia’s Connected Services bagi informasi pemanduan yang lebih meluas dan teknologi ini dijanakan oleh TomTom®.

Manakala sistem hiburannya pula dipadankan dengan sistem audio enam pembesar suara 160-watt dan boleh dipertingkatkan dengan sistem JBL® Sound 320-watt dengan lapan pembesar suara, aplifier luaran dan simpanan peti muzik Clari-Fi.

Sportage serba baharu ini juga merupakan kenderaan pertama di bawah segmen-C SUV yang menampilkan pengecas tanpa wayar baharu untuk telefon bimbit pintar, selain menampilkan dua port USB.

Bergantung pada pasaran, ia turut ditampilkan dengan kamera undur untuk memudahkan urusan keluar-masuk parkir.

The all new Sportage_interior _2

Ruang tempat duduk termasuk untuk penumpang belakang juga lebih luas berbanding model sebelum ini. Malah ruang kargo juga telah dipertingkatkan iaitu dari 465 liter menjadi 503 liter serta bertindak lebih praktikal.

Kapasiti tangki bahan api juga telah dipertingkatkan dari 58 hingga 62 liter. Walau bagaimana pun, ia masih memberikan penjimatan bahan api yang efisien.

Pengendalian Sportage serba baharu ini juga dikatakan lebih jitu dengan penambah baikan kestabilan kenderaan, malah mengurangkan daya kekerasan sebanyak 49% .

Bagi aspek keselamatan, ia turut dilengkapi dengan lima beg udara, cagak ISOFIX, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Sistem Amaran Penukaran Lorong, Fungsi Informasi Had Kelajuan, Pengesan Titik Buta, ABS dan EBD.

Sportage serba baharu ini turut dijanakan oleh enjin baharu 1.6 liter T-GDI (suntikan terus petrol turbo) yang dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api lebih efisien dan dalam masa yang sama menampilkan prestasi yang lebih memberangsangkan.

Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 177 PS dan puncak tork 265 Nm di antara 1,500-4,500 rpm. Enjin ini turut menampilkan pengecas turbo tunggal dengan electronic wastegate actuator untuk respons yang lebih pantas dan penjimatan bahan api.

Bagi varian diesel, ia menampilkan enjin 1.7 liter CRDi dengan kuasa 115 PS, sama seperti model generasi sebelum ini. Juga enjin 2.0 liter turbodiesel dengan dua kuasa iaitu 136 PS/373 Nm dan 184 PS/400 Nm.

Serta enjin yang lebih berkuasa iaitu 2.0 liter CRDi ‘R’ pengecas turbo dengan hamburan kuasa sehingga 185 PS pada 4,000 rpm dan puncak tork 400 Nm pada 1,750-2,750 rpm.

Kesemua enjin ini dipadankan dengan transmisi DCT (double-clutch transmission) baharu tujuh-kelajuan yang mampu mengendalikan jumlah tork tertinggi pada enjin pengecas turbo serta menawarkan pemanduan yang lebih sporty.

Kia Sportage serba baharu ini dijangka mula dijual di pasaran Eropah mulai suku pertama tahun 2016.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://www.coolyrockson.com/wp-includes/js/docs/bandarqq/ https://www.coolyrockson.com/wp-includes/js/docs/dominoqq/