Audi A3 Carbon Edition tampil eksklusif – Hanya terhad 30 unit & RM194,333
Audi Malaysia telah pun memperkenalkan model edisi terhad Audi A3 Carbon Edition yang hanya dikeluarkan sebanyak 30 unit sahaja. Ia adalah berdasarkan model sedan kompak premium, Audi A3 1.4 TSFI, yang menerima sambutan menggalakkan dan jualan tinggi di pasaran tempatan.
Menurut Immo Buschmann, Pengarah Urusan Audi Malaysia, Audi A3 Carbon Edition ini istimewa kerana dilengkapi dengan Aksesori Tulen Audi yang menampakkan jentera ini lebih bergaya dan sporty.
“Audi A3 Carbon Edition ini adalah untuk pelanggan yang inginkan pakej yang disesuaikan dengan Aksesori Tulen Audi bagi menampilkan ciri-ciri yang beih individulistik dan tersendiri. Malah menerusinya, kami harap dapat memperkenalkan lebih banyak produk yang memberikan lebih eksklusif buat para pelanggan,” ujar Buschmann.
Audi A3 Carbon Edition ini menampilkan gabungan rekaan luaran dan dalaman yang menyerlahkan gaya hidup dan karakter sporty. Hanya ditawarkan dengan kerangka berwarna Glacier White (putih), bahagiab luarannya menampilkan pakej gaya eksklusif berwarna hitam termasuk pada spoiler hadapan yang dipadankan dengan pelindung belakang dan sill sisi bagi menampakkan imej yang kontras.
Menambahkan lagi gayanya, penampilkan rim aluminium bersaiz 18-inci berwarna hitam (berbanding rim standard 18-inci pada Audi A3 1.4 TFSI), kekemasan karbon pada perumah cermin sisi dan spoiler belakang.
Pada bahagian kabinnya, ia turut menampilkan kekemasan gabungan Alcantara dan kulit untuk tempat duduk sport, bantuan parkir dan kunci standard. Menambahkan gayanya, ia dihiasi dengan plak keluli tahan karat pada konsol tengah.
Ia juga dilengkapi dengan radio MMI® dan panel kawalan MMI® berserta skrin paparan bersaiz 5.8-inci serta sistem bunyi Audi dengan 10 pembesar suara.
Daripada sudut mekanikalnya, tiada perubahan. Ia dipadankan dengan enjin 1.4 TFSI yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 125 hp dan tork 200 Nm antara 1,400-4,000 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi S tronic tujuh-kelajuan. Jentera ini mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 9.3 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 212 km/j.
Bagi penggunaan bahan apinya, ia turut menawarkan penjimatan yang efisien iaitu sekitar 4.9 liter bagi setiap 100 km,
Audi A3 Carbon Edition ini turut didatangkan dengan elemen keselamatan yang dinamik termasuk sistem start/stop dengan tenaga pemulihan, Electronic Stabilisation Control (ESC) Consisting of Traction Control (ASR), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Electronic Differential Lock (EDL), Anti-lock Braking System (ABS) dan tujuh beg udara.
Telah pun berada di bilik pameran Audi di seluruh negara, sementara stok masih ada, Audi A3 Carbon Edition ini dijual pada harga RM194, 333.