Volkswagen edar lakaran model generasi terbaharu Tiguan
Sebelum tirai Frankfurt Motor Show 2015 bakal dibuka beberapa hari lagi, Volkswagen menambahkan debaran dengan mengedarkan dua foto lakaran model genereasi baharu Tiguan. Ia akan dipamerkan di pentas pameran automotif tersebut.
Menerusi lakaran ini, kelihatan Tiguan baharu kelihatan agak mirip dengan model konsep Volkswagen Cross Coupe GTE, termasuklah keseluruhan sisi profilnya dan juga kekemasan krom.
Seperti mana yang diketahui, Tiguan baharu ini juga akan dibina dengan platform MQB dan ia juga akan lebih panjang berbanding model sebelumnya. Generasi kedua Tiguan ini juga akan mengurangkan berat sebanyak 80kg berbanding model sedia ada.
Selain itu, ia juga turut akan ditawarkan dengan enjin petrol 1.4 liter dengan kuasa 125 PS untuk spesifikasi rendah, manakala 2,0 liter TDI diesel (240 PS) bagi spesifikasi tinggi. Malah ia juga mungkin akan ditawarkan denagn versi plug-in hybrid.