Mazda CX-3 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia awal Disember ini
Dikhabarkan Mazda CX-3 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada awal Disember ini. Ia disahkan sendiri oleh Bermaz Motor selaku pengimport dan pengedar Mazda bagi pasaran tempatan. Penghantarannya juga akan dimulakan pada bulan yang sama.
Mazda CX-3 ini mungkin akan djual pada harga antara RM130,000 hingga RM135,000. Di mana angka ini sedikit tinggi berbanding dengan harga yang pernah dijangka sebelum ini iaitu RM120,000, kemungkinan didorong oleh situasi nilai mata wang Malaysia yang meleset.
Model crossover kompak ini akan diimport terus dari Jepun, sementara menantikan ia bakal diproduksikan di Thailand pada waktu yang ditetapkan.
Bagi pasaran Malaysia, difahamkan, CX-3 ini bakal dijanakan oleh enjin SkyActiv-G 2.0 liter petrol dengan kuasa 150 hp dan puncak tork 204 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan. Kuasanya hanya disalurkan pada roda hadapan, ini bermakna tiada sistem AWD disertakan.