Ferrari 488 Spider menzahirkan lebih ciri aerodinamik
Frankfurt Motor Show 2015 turut menerima kehadiran Ferrari 488 Spider untuk dipamerkan.
Walau pun rekaannya banyak berkongsi dengan model-model coupe di bawah jenama Ferrari, namun 488 GTB ini memiliki sedikit perbezaan dengan “bumbung boleh dibuka yang dipatenkan” yang boleh mentransformasi model coupe ini menjadi convertible dalam hanya 14 saat.
Ferrari turut mendakwa, jentera ini lebih ringan sebanyak 25 kg berbanding dengan model seteraf dengannya.
Selain itu, ia juga dikatakan sebagai “jentera spider paling aerodinamik”, termasuk menampilkan cermin belakang kecil yang boleh direndahkan bagi mengurangkan bunyi bising.
Selain blown spoiler dan kerangka bawah yang bersifat aerodinamik untuk mendapatkan downforce yang lebih, bingkai casis ini juga 23% lebih kukuh berbanding 458 Spider. Kerangka seberat 1,525 kg ini turut dipadankan dengan roda bersaiz 20-inci iaitu 245/35 di bahagian hadapan dan 305/30 di belakang.
488 Spider ini dijanakan oleh enjin 4.0 liter pengecas turbo-berkembar V8 (yang sama seperti 488 GTB) dengan kuasa maksimum 670 PS pada 8,000 rpm dan tork setinggi 760 rpm pada 3,000 rpm.
Ia juga dipadankan dengan transmisi klac-berkembar Getrag F1 tujuh-kelajuan, yang membolehkan jentera ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 3 saat dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 325 km/j, iaitu kurang 5 saat berbanding GTB.