ETCM gesa pemilik Teana (2004) , X-Trail (2002-2007) & Liberty (2004) jalani pemeriksaan beg udara
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengulangi nasihat untuk semua pemilik model Nissan X- Trail (dijual pada tahun 2002 hingga 2007), Teana (2004) dan Liberty (2003). Di mana model ini telah terlibat dalam Kempen Servis beg udara penumpang Takata dan diminta supaya para pemilknya membawa kenderaan masing- masing untuk diperiksa di cawangan Tan Chong Express Auto Service Centre (TCEAS) terdekat.
Pada Jun 2015, ETCM mengesahkan bahawa sebanyak 12,444 unit kenderaan Nissan di Malaysia terlibat dalam Kempen Servis inflator beg udara penumpang hadapannya. Semua kos buruh dan alat ganti di bawah Kempen Servis ini adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan Nissan atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’, diikuti dengan ‘Service Campaign’).
Para pemilik yang sebelum ini pernah memeriksa kenderaan mereka terlibat dalam Kempen Servis itu digesa untuk mengesahkan kembali kenderaan masing-masing berikutan pengelasan semula sistem.