Volkswagen Passat 2016 mengekang kelemahan lalu
Volkswagen telah pun memperkenalkan model Passat 2016 di USA.
Direka bagi memperbetulkan banyak kelemahan pada model terdahulu, Passat 2016 ini telah menampilkan bampar baharu, gril empat-palang yang lebih menarik dan pilihan lampu utama serta lampu belakang LED.
Malah bahagian kerangkanya juga telah diberi penggayaan semula serta menambah kekemasan krom.
Tidak cukup dengan itu, varian baharu R-Line turut menampilkan bampar hadapan yang lebih sporty, skirting sisi yang unik dan peresap belakang. Model ini turut memilih kekemasan hitam dan rim aloi aluminium Salvador bersaiz 19-inci.
Bagi bahagian kabinnya pula, ia turut ditampilkan dengan panel instrumen baharu, roda stereng rekaan semua dan material dalaman yang berkualiti tinggi. Malah ia juga dipadankan dengan kekemasan hitam berkilat, krom serta sistem hiburan MIB II dengan sambungan USB/Bluetooth serta pembuka tanya kunci Easy-Open untuk ruang but belakang.
Di bawah hudnya, ia menawarkan tiga pilihan enjin iaitu 1.8 liter TSI empat-silinder, 2.0 liter TDI empat-silinder dan 3.6 liter V6 dengan kuasa 280 hp.
Harga yang bakal ditawarkan di USA ialah bermula $22,440.