Honda Malaysia umum model City (2014) & Jazz (2015) terlibat dengan masalah perisian kawalan CVT
Honda Malaysia telah mengumumkan model City generasi ke-empat (tahun pembuatan 2014) dan Jazz generasi ke-tiga (2015) telah terlibat dengan masalah perisian kawalan tekanan hidraulik yang melibatkan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT).
Ia melibatkan sebanyak 12,232 unit bagi model City dan 97 unit Jazz yang terlibat dengan masalah ini serta akan dipanggil balik (recall) untuk tujuan pemeriksaan dan membertulkan semula Modul Kawalan Penjana Kuasa (PCM) menerusi memperbaharui perisian CVT tersebut.
Honda Malaysia turut menerangkan ia boleh menyebabkan tekanan yang lebih pantas pada pedal pendikit pada kelajuan tinggi, serta tekanan hidraulik yang tinggi itu yang dijanakan oleh drive pulley shaft dan boleh mengakibatkan aci tersebut pecah serta kenderaan mungkin kehilangan kuasa sewaktu pemanduan.
Buat setakat ini, tiada laporan kemalangan yang melibatkan pemasalahaan ini. Namun Honda Malaysia mengambil langkah sewajarnya untuk menggesa pemilik model terbabit menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan dan penggantian komponen sekiranya perlu.
Honda Malaysia akan menghubungi pemiliki model terbabit dan segala kos penukaran akan ditanggung oleh pihak syarikat ini.