CEO Volkswagen letak jawatan
Ekoran skandal “defeat device” ketika menjalani ujian emisi rasmi oleh Volkswagen, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Martin Winterkorn mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
Berikut merupakan kenyataan rasmi dari Martin Winterkorn :
“Sebagai CEO, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini dan pihak lembaga pengarah telah bersetuju untuk syarikat Volkswagen sendiri walau pun saya tidak mengetahui sebarang salah laku di pihak saya.”
Winterkorn juga berkata beliau “terkejut dengan skandal besar yang melanda Volksagen” dan turut menyebut bahawa syarikat ini memerlukan “permulaan baharu, termasuk daripada segi kakitangan.”
Dalam masa yang sama, Winterkorn turut berkeyakinan bahawa Volkswagen mampu menyelesaikan perkara ini sewajarnya kerana keutamaan adalah untuk para pelanggan.