Goodyear Malaysia taja tayar untuk Pusat Latihan & Hidup Berdikari Malaysia
Goodyear Malaysia meneruskan kerja-kerja amal dengan menaja tayar yang memiliki daya ketahanan tinggi kepada Pusat Latihan & Hidup Berdikari Malaysia (ILTC).
ILTC merupakan badan amal bukan kerajaan yang membantu golongan kurang berupaya untuk melatih mereka hidup berdikari.
Penajaan ini melibatkan empat buah tayar Goodyear G28 yang boleh dipadankan dengan van Ford Spectron yang digunakan oleh organisasi terbabit sebagai pengangkutan golongan kurang bernasib baik berkenaan.
Menurut Pengarah Pemasaran Goodyear Malaysia, Claire Lim, “Salah satu nilai yang dikongsikan oleh Goodyear ialah “prihatin terhadap masyarakat kita”. Justeru, Goodyear sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dengan organisasi dan orang ramai untuk membantu membina dan memperbaiki nilai kemasyarakatan.”
Ini merupakan tajaan terbaharu dari Goodyear selepas pernah menghulurkan bantuan yang sama kepada St. John Ambulance pertengahan Ogos lalu.
Selain itu, Goodyear juga pernah menaja tayar bagi kegunaan Persatuan Kanak-kanak Spastik, Persatuan Orang Buta, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan dan Mercy Malaysia.