Renault Clio Iconic tampil dengan 2 varian kerangka & 4 penjana kuasa
Renault telah pun memperkenalkan model baharu Clio Iconic yang telah pun dijual di pasaran Perancis dengan harga bermula €19,950 (RM98,578).
Ia direka bagi meraikan ulang tahun ke-tiga model sedia ada, Clio Iconis ini dibina berasaskan varian Intens dan bakal ditawarkan dengan dua varian kerangka iaitu hatchback dan estate.
Bahagian luarannya nampak lebih ranggi dengan penampilan pelekat paten putus-putus dan kekemasan hitam berkilat. Ia juga dipadankan dengan rim aloi Drenalic bersaiz 17-inci dengan kekemasan efek berlian berwarna hitam.
Manakala bahagian kabinnya nampak lebih luas dengan bentangan kekemasan krom sutera, plat sill aluminium dan tombol gear Zamac bagi transmisi manual. Ia juga ditampilkan dengan tempat duduk balutan dengan haba panas, balutan kulit upholstery, karpet lantai istimewa dan sistem hiburan Medianav Evolution.
Clio Iconic bakal ditawarkan dengan empat varian enjin termasuk Energy TCe 90, TCe 120 EDC, Energy dCi 90 dan dCi 90 EDC.