Ford Ranger 2015 bakal dilancarkan pada 8 Okt ini untuk pasaran Malaysia
Ford Malaysia telah menyebarkan teaser mengenai kehadiran Ranger 2015 yang dijadualkan bakal dilancarkan di negara ini pada 8 Oktober iaitu minggu hadapan.
Pastinya ramai yang ternanti-nanti kemunculan Ranger 2015 kerana ia dikatakan membawakan perubahan yang lebih signifikan, sekali gus lebih mantap berbanding model sedia ada.
Difahamkan, ia bakal ditawarkan dengan tiga unit enjin iaitu 3.2 liter Duratorq lima-silinder (197 hp/470 Nm), 2.2 liter Duratorq (158 hp/385 Nm) dan terbaharu 2.2 liter dengan kuasa 129 hp.
Daripada sudut mekanikal pula, Ranger baharu ini turut diberi penambah baikan penjana kuasa dengan teknologi Start-Stop. Ford juga memberikan jaminan, Ranger ini lebih senyap dan penggunaan bahan apinya lebih efisien sebanyak 22%.
Ia juga didatangkan dengan stereng berkuasa elektrik yang baharu. Malah Ford telah menala semula sistem suspensinya untuk pengendalian yang lebih selesa.
Malah Ford turut akan mempamerkan model baharu Ranger ini di Pusat Membeli-belah One Utama, Petaling Jaya pada 9 Oktober ini. Jadi, para penggemar jentera ini bolehlah melihatnya secara lebih dekat. Pasti tak sabar bukan?