Porsche jawab dakwaan yang dikemukakan oleh anak dara Paul Walker
Porsche telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan keputusan anak mendiang Paul Walker, Meadow Rain Walker, yang ingin menyaman pengeluar alternatif Jerman itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Porsche, “Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, kami turut bersedih di atas kematian Walker dan juga sesiapa yang pernah terlibat dengan kemalangan yang membabitkan kenderaan Porsche. Namun berhubung dakwaan Meadow, kami percaya pihat berkuasa mempunyai bukti siasatan yang kukuh iaitu kemalangan maut yang menyebabkan kematian Walker adalah disebabkan faktor kecuaian pemanduan, bukannya masalah teknikal.”
Kenyataan ini sebagai membalas dakwaan yang dikemukakan oleh peguam yang dilantik oleh Meadow yang berbunyi, “Kenderaan terbabit tidak dilengkapi dengan elemen keselamatan yang sempurna. Tidak seperti yang ada pada jentera lumba atau model Porsche yang lebih mahal yang dilengkapi dengan elemen keselamatan, paling minimum mampu membuatkan Walker boleh selamat dalam kemalangan terbabit”.
Sebagai bukti tambahan dalam siasatan, Porsche juga mendapati tayar yang digunakan pada model Carrera GT itu sudah lama iaitu 9 tahun. Sementara itu, siasatan polis menunjukkan Roger Rodas, kawan Walker yang memandu jentera itu telah memecut selaju 150 km/j dalam kawasan yang had limit kelajuannya hanya 72 km/j.