Lima R&R akan ditutup secara berperingkat selama empat hari – PLUS
By 0 Comments
|
Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) memaklumkan penutupan empat kawasan Rehat & Rawat (R&R) di Lebuhraya Utara-Selatan dan satu di Lebuhraya Elite ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaran. Pengumuman ini dipaparkan menerusi laman web rasmi PLUS.
Kelima-lima R&R tersebut ditutup mulai 12 Oktober iaitu hari ini hingga 15 Oktober, di mana ia melibatkan penutupan secara berperingkat.
Sepanjang kerja-kerja dijalankan, semua gerai, kiosk dan kemudahan awam yang lain akan ditutup kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, stesen minyak sedia ada masih dibuka dan beroperasi seperti biasa.
Kawasan R&R yang terlibat adalah seperti berikut :
Sumber foto : Laman web rasmi PLUS