Lebuhraya LATAR turut melaksanakan kenaikan kadar tol mulai 15 Okt ini
Pengendali lebuh raya KL-Kuala Selangor Expressway Bhd (KLSEB), turut memaklumkan kenaikan kadar tol baharu yang melibatkan Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) bagi Plaza Tol Ijok, Plaza Tol Kuang Timur, Plaza Tol Kuang Barat dan Plaza Tol Taman Rimba Templer.
Bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas kini menjadi RM2.50, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM5.00 dan kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM7.50.
Walau bagaimana pun, tiada kenaikan kadar tol di Plaza Tol Kundang Timur dan Plaza Tol Kundang Barat yang masih kekal pada kadar RM1.30 (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas), RM2.60 (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda kecuali bas) dan RM3.90 (kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih kecuali bas).