Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) turut menerima kenaikan kadar tol mulai 15 Okt ini
ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut mengumumkan kenaikan kadar tol di Plaza Tol Gombak dan Bentong iaitu bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang naik antara 30 sen dan RM3.
Kadar baru tol bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas di Plaza Tol Gombak kini menjadi RM6 berbanding RM5 sekarang manakala di Plaza Tol Bentong RM3.50 daripada RM3 sekarang.
Bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) pula menjadi RM12 di Plaza Tol Gombak dan RM7 di Bentong.
Sementara kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM18 di Plaza Tol Gombak dan RM10.50 di Plaza Tol Bentong. Bagi teksi pula RM3 di Plaza Tol Gombak dan RM1.80 di Plaza Tol Bentong, manakala bagi bas pula RM5 di Plaza Tol Gombak dan RM3 di Plaza Tol Bentong.