Lebuhraya Damansara-Puchong umum kadar tol baharu efektif 15 Okt
By 0 Comments
|
Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) turut mengumumkan kadar tol baharu yang bakal dilaksanakan mulai 15 Okt ini. Empat plaza tol sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) terlibat dengan kenaikan kadar tol ini iaitu plaza tol Penchala, Petaling Jaya, Puchong arah Utara dan Puchong arah Selatan.
Kadar tol baharu bagi Kenderaan Kelas 1 ialah RM2.10 berbanding RM1.60 masa ini iaitu peningkatan sebanyak 50 sen. Manakala Kenderaan Kelas 2 pula dinaikkan sebanyak RM1 menjadi RM4.20.
Kenderaan Kelas 3 pula akan dikenakan bayaran sebanyak RM6.30 (berbanding RM4.80 sebelum ini). Teksi pula dikenakan bayaran sebanyak RM1 (berbanding 80 sen sebelum ini) dan bas pula kekal hanya RM1.