Lebuhraya SPRINT umum penstrukturan kadar tol mulai 15 Okt – Kerinchi Link, Penchala Link & Damansara Link
By 0 Comments
|
Tidak ketinggalan dalam mengumumkan penstrukturan kadar baharu tol ialah Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuhraya SPRINT. Ia melibatkan laluan Kerinchi Link, Penchala Link dan Damansara Link serta berkuatkuasa mulai 15 Oktober ini.
Bagi Kelas 1, pengguna lebuhraya berkenaan perlu membayar RM2 di plaza tol Damansara (kenaikan sekali ganda) dan RM2.50 di plaza tol Pantai di Kerinchi Link (kenaikan sebanyak RM1).
Manakala kadar tol baharu bagi Kelas 1 di plaza tol Plaza Bukit Kiara pula (Penchala Link) ialah RM3, juga melibatkan kenaikan sebanyak RM1.
Berikut merupakan senarai kadar tol baharu bagi Lebuhraya SPRINT untuk kenderaan yang terlibat :