Lebuhraya Grand Saga turut naikkan kadar tol mulai 15 Okt
By 0 Comments
|
Pengendali Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga), Grand Saga Sdn Bhd, turut mengumumkan kenaikan kadar tol antara 30 dan 40 sen efektif 15 Oktober ini.
Kenderaan Kelas 1 yang melalui plaza tol Batu 9 akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.30 iaitu peningkatan sebanyak 30 sen. Kadar tol yang sama juga di plaza tol Batu 11 yang mengalami kenaikan sebanyak 40 sen.
Bagi Kelas 2 dan 3 yang melalui kedua-dua plaza tol berkenaan dikenakan bayaran sebanyak RM2.60 (bagi setiap satu), manakala bagi teksi pula 70 sen. Bas yang melalui plaza tol Batu 9 pula akan dikenakan bayaran sebanyak RM1 dan 90 sen di plaza tol Batu 11.
Sumber foto : Laman web rasmi Grand Saga LGB Group