Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth umum kenaikan kadar tol antara 20 sen dan 70 sen mulai 15 Okt
By 0 Comments
|
Bukan hanya di Lembah Klang dan Johor, malah lebuhraya di Pulau Pinang turut tidak terlepas dari isu kenaikan kadar tol ini yang mendorong rasa tidak puas hati di kalangan rakyat marhaen.
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth turut mengumumkan kenaikan kadar tol mulai 15 Oktober ini yang melibatkan pengguna jalan raya dari Prai ke Sungai Dua.
Di mana kenderaan Kelas 1 akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.50 di plaza tol Prai dan Bagan Ajam, iaitu melibatkan kenaikan 20 sen dan 30 sen.
Manakala yang keluar ke Sungai Nyior pula menyaksikan kenaikan yang mendadak iaitu perlu membayar sebanyak RM1.20 berbanding hanya 50 sen sebelum ini.
Sumber foto : Laman web rasmi Lingkaran Luar Butterworth