Penjimatan Mega Mitsubishi muncul dengan tawaran menarik
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan promosi Penjimatan Mega yang menawarkan tawaran menarik termasuklah rebat tunai, skim kadar faedah rendah dan pelbagai hadiah percuma untuk varian-varian yang terpilih.
Dalam tempoh terhad ini, para pelanggan yang menempah dan mendaftar mana-mana varian Triton dan Pajero Sports bakal menerima penyelenggaran percuma selama dua tahun dan rebat tunai dari RM1,000 sehingga RM9,000. Manakala untuk Lancer GT dan Lancer Sportback pula, turut bakal menerima penyelenggaraan percuma selama dua tahun dengan rebat tunai antara RM2,000 sehingga RM8,000.
Bagi Mirage pula, setiap tempahan dan pendaftaran layak menerima penyelenggaran percuma selama satu tahun dan rebat tunai dari RM1,500 sehingga RM4,000 atau skim kadar faedah rendah sehingga 0.03 peratus. Untuk varian yang diperkenalkan akhir tahun lalu iaitu Attrage, juga bakal menerima penyelenggaran percuma selama satu tahun dan rebat tunai RM1,000.
Manakala varian ASX versi CKD pula yang baharu sahaja mula menerima tempahan sejak minggu lalu, ditawarkan dengan penyelenggaran percuma selama dua tahun. Dan 300 pelanggan pertama yang mendaftar SUV ini juga bakal menerima hadiah berupa beg kulit istimewa.
Pakej penyelenggaraan yang ditawarkan oleh MMM ini adalah termasuk dengan alat ganti, minyak pelincir dan kos buruh.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila berkunjung ke bilik pameran Mitsubishi yang berhampiran.