PDRM berjaya kurangkan indeks kecurian kenderaan sebanyak 34%
Memetik laporan Bernama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengurangkan indeks jenayah kecurian kenderaan sebanyak 34 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, sebanyak 10,559 kes dilaporkan dalam tempoh itu tahun ini, berbanding 15,970 kes pada tahun lepas, di seluruh negara.
Ujarnya lagi, polis memandang serius kes kecurian kenderaan yang berlaku di negara ini dan akan memastikan indeks kecurian kenderaan dapat dikurangkan dengan mengusahakan alternatif baru.
Di mana kebanyakan kes kenderaan kenderaan yang dicuri sebelum ini, dipercayai diseludup ke Thailand dan Singapura.
Beliau berkata dua negara berkenaan dipercayai menjadi antara destinasi utama penyeludupan kenderaan tersebut.
Sumber foto : Facebook PDRM