PLUS umum penutupan sementara lorong kiri & kecemasan di NKVE
By 0 Comments
|
Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) telah mengeluarkan kenyataan berhubung penutupan sementara lorong kiri dan kecemasan di KM26.1 hingga KM26.6 di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Plaza Tol Jalan Duta akan ditutup selama empat hari sehingga Isnin, mulai 19 Oktober iaitu hari ini.
Ia adalah bertujuan melancarkan kerja pembaikan jambatan di kawasan berkenaan.
PLUS menasihatkan para pemandu yang melalui laluan ini agar merancang perjalanan kerana dijangka akan berlaku gangguan trafik. Malah para pemandu dinasihati agar mematuhi semua papan tanda lalu lintas dan arahan petugas PLUS di kawasan berkenaan.