Honda Malaysia sahkan kenaikan harga antara 2% hingga 3% mulai Jan 2016
Honda Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga bagi model kenderaannya di antara 2% hingga 3% mulai Januari 2016 ini. Ia didorong oleh penurunan nilai mata wang Ringgit.
Walau bagaimana pun, Honda belum mengeluarkan senarai harga baharu kerana perlu “memantau terlebih dahulu pertukaran mata wang asing” dan ia akan diputuskan pada Disember 2015 ini.
“Selepas mempertimbangkan pelbagai perkara, peningkatan harga ini adalah langkah yang tidak dapat dielakkan bagi Honda Malaysia terus menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggang kami. Jika nilai mata wang Ringgit kembali stabil, kami akan menyemak semula struktur harga ini,” ujar CEO dan Pengarah Urusan HOnda Malaysia Yoichiro Ueno.
Sambungnya lagi, sejak pengenalan model Honda pada harga semasa, Ringgi menjunam antara 20% hingga 30% berbanding US dollar. Penurunan drastik Ringgit ini memberikan impak yang begitu besar terhadap kos komponen dan bahagian-bahagian yang diimport.