Honda Civic 2016 sudah mula diproduksi
Honda Civic 2016 sedang telah pun mula diproduksikan di kilang Honda yang terletak di Alliston, Kanada.
Civic generasi ke-10 ini dikatakan mengalami transformasi yang lebih signifikan dan komprehensif. Honda menggambarkan ia sebagai “perubahan yang lebih dinamik” dan “tampil dengan gaya tersendiri”.
Civic 2016 ini bakal dipadankan dengan pilihan enjin baharu iaitu 2.0 liter aspirasi-natural DOHC dengan kuasa maksimum 158hp pada 4,200 rpm dan tork puncak 187 Nm pada 4,200 rpm.
Malah ia turut menawarkan enjin 1.5 liter pengecas turbo dengan hamburan kuasa sehingga 174 hp pada 5,500 rpm dan tork 220 Nm antara 1,800 hingga 5,000 rpm.
Kedua-dua enjin ini akan dipadankan dengan kotak gear automatik CVT (G-Design Shift Logic generasi baharu). Transmisi manual enam-kelajuan juga turut ditawarkan untuk model 2.0L.
Civic 2016 Sedan ditawarkan dalam tiga pilihan kerangka iaitu coupe, hatchback dan wagon, serta satu lagi varian iaitu Type R.