BAJET 2016 : Projek Lebuhraya Pan Borneo diberi peruntukan sebanyak RM28.9 bilion
By 0 Comments
|
BAJET 2016 juga tidak melupakan pembinaan lebuhraya bagi penduduk di Sarawak dan Sabah.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang baru saja dilancarkan awal bulan ini telah disediakan dana peruntukan sebanyak RM16.1 bilion. Lebuhraya sepanjang 1,090 km ini dijangka siap pada tahun 2021.
Manaka Lebuhraya Pan Borneo Sabah pula melibatkan kos sebanyak RM12.8 bilion. Fasa pertama akan bermula tidak lama lagi iaitu dari daerah Sindumin ke Tawau.
Najib turut mengumumkan, kedua-dua lebuhraya berkenaan tidak akan dikenakan tol.