Honda bakal memperkenalkan transmisi automatik baharu dengan 10-kelajuan
Honda telah mendedahkan sedang membangunkan transmisi automatik baharu dengan 10-kelajuan. Ia bakal digunakan bagi kenderaan pacuan roda-hadapan bersaiz besar.
Kotak gear baharu ini mensasarkan “penjimatan bahan api yang lebih rendah” dan “pemanduan yang lebih tangkas”. Ia mampu memberikan sokongan puncak tork sehingga 370 Nm atau lebih tinggi.
Ia menggabungkan empat ‘planetary gear’ dengan keseimbangan pelarasan nisbah bagi pertukaran gear yang lebih lancar.
Sebagai tambahan, kotak gear ini juga akan mengendalikan pertukaran secara langsung. Di mana kotak gear automatik tidak perlu untuk mengubah pada gear rendah secara berurutan.
Ia boleh mengubah dari gear 10 pada gear enam atau tujuh bagi menyalurkan kuasa pendikit yang lebih jitu. Malah penukaran gear juga boleh berlangsung dengan pantas setiap kali diperlukan.
Honda turut mendedahkan sedikit perincian. Termasuklah rekaan yang lebih kompak dengan saiz 375 mm, penjana gear dengan efisien tinggi dan pengurangan gigi gear bahagian luaran dan dalaman.
Selain itu, transmisi baharu ini juga akan menyokong sistem shift-by-wire dan idling stop.
Berbanding dengan transmisi automatik enam-kelajuan, Honda berkata, kotak gear 10-kelajuan ini memiliki masa pendikit yang lebih pendek sekitar 14%, dengan responsif penukaran turut dikurangkan sehingga 30%.
Bagi penggunaan bahan api yang lebih efisien, kotak gear 10-kelajuan ini dikatakan mampu memberi penjimatan sehingga 6%. Malah enjin juga lebih senyap ketika kenderaan sedang dipacu yang melibatkan pengurangan bunyi sehingga 26%.